Thursday, December 20, 2018

SUKEM 2018

KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia ( SUKEM) 2018   telah berlangsung pada  17 November 2018 bagi Olahraga manakala pada 23 hinnga 25 November 2018 adalah Fasa 1.Fasa 2 pula bermula pada 1 dan 2 Disember 2018.

Terdapat pelbagai jenis permainan yang dianjurkan bagi  melahirkan bakat sukan yang ada pada mahasiswa UKM  dan seterusnya memilih para atlet  bagi mewakili setiap koej dalam setiap acara yang dipertandingkan .

Penutup Majlis Penutup Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia SUKEM  telah diadakan pada 5 Disember 2018  iaitu pada hari Rabu yang telah dirasmikan oleh  Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr  Noor Azlan Ghazali iaitu Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia .

Ulasan Aktiviti :

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia  (SUKEM) telah berlangsung dengan jayanya pada setiap tempat yang telah ditetapkan oleh penganjur iaitu  Pusat Sukan UKM. Para penyokong dari setiap kolej juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada para atlet bagi kolej masing-masing.

Aktiviti yang dipertandingkan :
Aktiviti yang dipertandingkan :
1.       Olahraga 17 Nov Stadium UKM
2.      Tenpin Boling (C) 23 Nov (2.30 ptg) Ampang Super Bowl Bangi Gateway
3.       Ragbi 7 Sebelah 24 Nov Padang Ragbi UKM
4.       Bola Jaring 24 Nov Gelanggang Bola Jaring UKM
5.       Sepak Takraw 24 Nov Gelanggang Sepak Takraw UKM
6.       Kriket (L) 24 Nov Oval Kriket UKM
7.      Skuasy Campuran 24 Nov Kompleks Skuasy UKM
8.       Hoki 9 Sebelah (L&W) 24 Nov Kompleks Hoki, Seremban 2
9.       Bola Tampar (L) 25 Nov Gelanggang Bola Tampar UKM
10.   Bola Tampar (W) 25 Nov Gelanggang Bola Tampar UKM
11.   Ping Pong (C) 24 – 25 Nov Dewan Gemilang UKM
12.   Badminton (C) 24 – 25 Nov Dewan Gemilang UKM
13.   Taekwondo 24 - 25 Nov Dewan Kolej Ibu Zain UKM
14.   Sofbol (W) 24 - 25 Nov Padang Sofbol UKM
15.   E-Sport (FIFA 2019) 24 – 25 Nov Bilik 5, Pavillion Pusat Sukan UKM
16.   Bola Sepak 24 Nov – 2 Dis Padang Bola Sepak UKM
17.   Renang (L&W) 1 Dis Kolam Renang Permata Pintar UKM
18.   Bola Keranjang (L&W) 1 - 2 Dis Gelanggang Bola Keranjang UKM
19.   Bola Baling (W) 1 Dis Padang Bola Baling UKM
20.   Bola Baling (L) 2 Dis Padang Bola Baling UKM
21.   Petanque (L&W) 1 – 2 Dis Gelanggang Petanque KKM, UKM
22.   Pencak Silat 1 – 2 Dis Dewan Kolej Ibu Zain UKM
23.   Catur (C) 1 – 2 Dis Bilik Latihan 1, KKM
24.   Tenis (C) 1 – 2 Dis Gelanggang Tenis UKM
25.   Sofbol (L) 1 – 2 Dis Padang Sofbol UKM
26.   Futsal (L) 1 Dis Gelanggang Futsal KPZ
27.   Futsal (W) 2 Dis Gelanggang Futsal KPZ


Kelebihan aktiviti :
Penglibatan mahasiswa  dalam bidang sukan  adalah satu lagi nilai tambah yang membantu mahasiswa  lebih berdaya saing, seterusnya meningkatkan keboleh pasaran kerja. penglibatan mahasiswa dalam sukan melahirkan generasi serba boleh. Sukan berupaya mencungkil kebolehan dan bakat terpendam, di samping kekuatan mental serta fizikal.
Sukan juga  merupakan medium penyatuan dalam mengeratkan keharmonian, saling bertukar idea merangka strategi untuk menyaingi pasukan lawan, peningkatan jasmani, emosi, intelek dan pasukan.
Dalam sesi latihan dan pertandingan, mahasiswa  disemarakkan dengan semangat, tahap keyakinan diri juga bertambah, dan meningkatkan lagi daya keyakinan diri serta pergaulan mereka..

Kekurangan Aktiviti :
Para atlet dan penyokong perlulah menjaga kebersihan dan membuang sampah ke tempat yang disediakan malah mengutip botol dan plastik yang berada  di kawasan permainan .

Penambahbaikan  aktiviti :
Penyertaan bagi setiap permainan perlu ditambah agar mahasiswa lain yang berminat untuk menyertai SUKEM dapat menimba pengalaman bermain bersama dengan para atlet di setiap kolej kediaman .

Pungutan Keseluruhan Pingat Kolej Aminuddin Baki                                                          
Kolej Aminuddin Baki telah mendapat  39 pungutan pingat  iaitu  23 Emas, 10 Perak dan
6 Gangsa dan telah menjadi juara keseluruhan SUKEM 2018 .

Gambar 






No comments:

Post a Comment

APLIKASI KOMPUTER