Thursday, September 20, 2018

WELCOME TO KEDAH !





  WELCOME TO MY HOMETOWN   !!!

Image result for PEMANDANGAN  GUNUNG JERAI DI KEDAH
Assalamualaikum....  
Harini  aku nak cerita  tentang negeri kelahiran  aku(02) iaitu Kedah  😊
So kalau hampa dengar negeri Kedah mesti ingat Pulau Langkawi saja kan  yang tempat best   
tapi ada banyak lagi tempat yang hampa taktau. 
Dekat Kedah ni ada banyak tempat pelancongan contohnya dekat daerah Yan terdapat Gunung Jerai,Air Terjun Titi Hayun,Air Terjun Seri Perigi, Pantai Murni,  Pulau Songsong
Di Kota Kuala Muda terdapat Pantai Merdeka  dan Tanjung Dawai dan di Kulim pula ada Taman Reakreasi Sungai Sedim . 
Image result for pantai murniImage result for pantai murni                        Pemandangan Pantai  Murni  

Kalau hampa tengok dari Pantai Murni, hampa akan nampak 3 pulau kecil  iaitu Pulau Telur,       Pulau Bidan dan Pulau Songsong .Tempat yang paling famous pengunjung akan pergi adalah Pulau Songsong sebab dekat sana terdapat aktiviti snorkelling .Kalau berminat nak pergi Pulau Songsong, terdapat pelbagai cara untuk sampai ke sini iaitu  dengan menaiki bot samada melalui Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang mahupun Jeti Tanjung Dawai.Perjalanan menyusuri muara Sungai Udang dan laut mengambil masa selama 15 minit sahaja .Bagi yang ingin ke sini perlu membuat tempahan awal kerana perjalanan ke pulau ini bergantung sepenuhnya kepada pasang surut air laut dan keadaan cuaca.


Image result for pulau songsong

Pemandangan di Pulau Songsong,Yan 

Seterusnya tempat yang viral sekarang adalah Sungai biru yang terletak berdekatan dengan Gunung Keriang yang juga dikenali sebagai "blue lagoon". Sungai tersebut mempunyai warna air biru yang jernih dan sangat cantik bagi sesiapa yang suka tangkap gambar "selfie".

Related image


Selain daripada Air Terjun Titi Hayun,  terdapat  juga Air Terjun Seri Perigi .Air terjun yang berketinggian 100 meter  ini adalah juga air terjun indah yang terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai.Aktiviti perkelahan bersama keluarga dapat dilakukan di sini. Hampa  juga akan disajikan dengan pemandangan menarik kawasan sawah padi dan perkampungan Melayu 

Air Terjun Seri Perigi

Pemandangan Air Terjun Seri Perigi 




















































No comments:

Post a Comment

APLIKASI KOMPUTER