Saturday, December 22, 2018

JOHOR

Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung. Banyak tempat juga sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru.
Pusat Bandar yang semakin berkembang pesatseiring dengan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor atau Iskandar Malaysia ini ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur.

1. PUTERI HARBOUR
Tanjung Puteri atau Puteri Harbour adalah salah satu tarikan terbaru di Johor yang boleh anda lawati bersama seisi keluarga. Dengan keindahan pantai yang bersih dan luas, kawasan pelabuhan ini tentunya akan memberi ketenangan kepada warga kota yang ingin bersantai bersama keluarga.
Ada bermacam-macam rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Bila dah puas berjalan dan mengambil gambar, ada banyak pilihan restoran dan tempat makan yang best di sekitarnya. Tempat letak kereta pun banyak, tak perlu pening kepala lagi. Pemandangannya semasa matahari terbenam memang cantik!
tempat menarik di johor bahru
Foto Kredit: nusajayacity.com

2. KILANG BATERI 
Kalau sudah berada di JB, jangan lupa untuk singgah ke Kilang Bateri. Bazaar ala hipster yang asalnya merupakan kilang bateri ini sering menjadi sebutan warga Johor kerana suasananya yang santai dan bersahaja. Pelbagai jenis makanan yang popular di Instagram ada di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh LabbyBros dan kacang pool oleh Cupchai.
Pengunjung juga boleh membeli-belah di butik terkemuka di instagram antaranya jenama dari Costuro, SuperSunday dan JohoBaru. Bagi si ulat buku, di sini terdapat kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Kedai gunting rambut 1855 berkonsepkan moden juga ada di sini bagi lelaki yang inginkan gaya rambut yang paling terkini dantrending. Projek usahasama pelbagai jenama dan keluaran tempatan ini begitu membanggakan dan mendapat perhatian hingga pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Foto Kredit: najibrazak.com

3. KUSO 3D ART GALLERY 
KUSO 3D Gallery ini adalah yang pertama di Johor. Di sini, anda boleh masuk ke dalam dunia lukisan 3D dan menjadi superhero berlawan dengan dinasour, memanjat dinding dengan mudah, masuk penjara dengan rela hati atau sumbat kawan-kawan anda ke dalam penjara!
Terdapatnya mesin simulasi 9DVR (Virtual Reality), di mana anda boleh berlawan dengan zombie, dinosaur dan raksasa yang sangat menggerunkan. Kalau nak rasakan sendiri pengalamannya, ajaklah rakan dan keluarga untuk menyertai misi yang penuh keseronokan dan cabaran!

Foto Kredit: Kuso 3D Art Gallery

4.DANGA BAY 
Danga Bay yang dahulunya sebahagian daripada Pantai Lido yang ditambak kini menjadi pusat pelancongan yang terkemuka kerana pembaharuannya yang menarik perhatian pengunjung. Terdapat 4 tarikan utama di Danga iaitu pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan karnival sesuai untuk seisi keluarga seperti ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride. 
Anda sekeluarga juga boleh menaiki tram atau basikal untuk mengelilingi sekitar Danga Bay. Akhir sekali, tak sahlah kalau tak makan-makan restoran serta kafe istimewa yang terdapat di sekitarnya.

Foto Kredit: the malaysiantimes.my

5. JOHOR PREMIUM OUTLET 
Pada yang kaki shopping, jangan lupa untuk singgah di Johor Premium Outlet. Pusat membeli-belah ini sering membeli pilihan pelancong kerana variasi kedai berjenama yang menjual pelbagai pilihan pakaian, beg tangan, kasut dengan potongan harga 25% ke 65% setiap hari.
Selain itu, ia senibina kawasan ini yang berkonsepkan kolonial dan landskap taman tentunya menjadi kawasan yang unik untuk mengambil gambar kenang-kenangan.
tempat menarik di johor bahru
Foto Kredit: mutiarajohorbahru.com

5.HUTAN BANDAR 
Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini. Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak.
Selain itu aktiviti lain juga disediakan seperti jungle trekking dan kawasan beriadah yang terbuka untuk seisi keluarga. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi.

Foto Kredit: johornow.com

6. LEGOLAND 
Rasa tak lengkap percutian seisi keluarga ke Johor Bahru tanpa berkunjung ke taman tema ikonik Legoland. Anda pasti terpesona dengan binaan replika mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya serta mercu tanda Negara lain seperti Angkor Wat dan Taj Mahal yang dibina sepenuhnya daripada blok Lego di Miniland.
Di bahagian Imagination, anda boleh melihat Legoland secara menyeluruh dari Observation Tower. Anak-anak boleh membina Lego sendiri, menaiki pelbagai ride yang tersedia dan menonton wayang 4D.
Taman temanya terbahagi kepada beberapa bahagian untuk pengunjung terokai iaitu Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Selain bersuka-ria, para pengunjung boleh membeli belah dan menjamu selera di Mall Of Medini serta menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom atau Ninjago.

Foto Kredit: legoland.com.my

No comments:

Post a Comment

APLIKASI KOMPUTER