Sunday, November 25, 2018

ILMU


Doa yang dapat diamalkan untuk menghindari kezaliman

Saya mendengar dan melihat di youtube yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias .Beliau menceritakan tentang zikir yang dapat diamalkan oleh semua orang  
Beliau menceritakan pengalaman disihir oleh pasangan .
zikir ini diamalkan oleh beliau .

"Sesiapa yang memaafkan orang,Allah akan memberikan kemuliaan kepada seseorang" -hadis nabi 

                            

SURAH TAHAA AYAT 55

۞ مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ

tafsirannnya :
(Dari bumi itulah) dari tanah (Kami menjadikan kalian) dengan menciptakan nenek moyang kalian Adam daripadanya (dan kepadanya Kami akan mengembalikan kalian) kalian akan dikuburkan di dalamnya sesudah mati (dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kalian) pada hari berbangkit (pada kali) untuk kali (yang lain) sebagaimana Kami mengeluarkan kalian pada permulaan penciptaan kalian.


 SURAH ALWAQIAH

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1.  Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
6. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.
Surah Al Waqiah ini memang memberi kelebihan sekiranya kita mengamalkannya . Alhamdulillah apabila saya mempraktikkan dalam kehidupan seharian ternyata memang benar surah ini mempunyai kelebihan yang sangat berkesan .Alhamdulillah .Jadi ,kita semua dapat mengamalkan surah ini pada waktu pagi dan insya Allah hari tersebut akan dipermudahkan oleh Allah 

Sumber: www.almukhlisin.my/kebaikan-membaca-surah-al-waqiah-setiap-hari

SURAH AL KAHFI 

Surah yang perlu dihafal  pada 10 ayat pertama dan 10 ayat  terakhir untuk menghindari daripada fitnah dajjal . 

Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)




Jadi,kita dapat amalkan surah Al Kahfi ini pada hari Jumaat dan dapat menghafalkannya dengan baik dan lancar. Insya Allah ..

APLIKASI KOMPUTER