Friday, December 21, 2018

WACANA MACROEKONOMI


      Pada 28/11/2018 sebuah Wacana makroeonomi yang bertajuk Ekonomi Digital iaitu perspektif makroekonomi  yang disampaikan oleh Puan Aiza Zeyati binti Mohamed Zamani.
Wacana ini diadakan di Dewan Kuliah 1 ,Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada pukul 2  petang .Semua mahasiswa yang mengambil kursus makroekonomi tahun 1 mengambil peluang untuk mendengar wacana makroekonomi ini .

     Beliau menggunkan Bahasa Inggeris semasa menyampaikan ceramah kerana beliau berpendapat generasi sekarang yang merupakan generasi milenium banyak mengaplikasikan penggunaan Bahasa inggeris dalam kehidupan seharian .

      Beliau menceritakan tentang kewujudan digital ekonomi yang pertama pada 1994 .Daripada buku yang dibaca oleh beliau  yang menyatakan bagaimana internet mengubah cara sesuatu perniagaan .
Digital ekonomi merujuk kepada ekonomi yang berlandaskan teknologi digital. Digital ekonomi juga  dipanggil sebagai internet ekonomi,ekonomi baharu dan ekonomi web . Digital ekonomi saling berkaitan dengan ekonomi tradisional yang menjadikan penerangan yang lebih jelas .


   Teknologi digital pada masa kni sangat penting dalam kehidupan . daripada statistik yang ditunjukkan oleh Puan Aiza , Populasi  penduduk di Malaysia adalah 32.4 juta  dan mempunyai 25.08 juta pengguna internet yang aktif. Malah , 24 juta penduduk adalah pengguna yang aktif di social media   dan 43.43 adalah pengguna mudah alih.

     Di media social ,Facebook mempunyai lebih daripada 18 juta pengguna (60% rakan daripada purata global) manakala Youtube  digunakan 80 minit per hari iaitu 2 kali purata global .
Seterusnya, Twitter mempunyai lebih daripada 3.5 juta pengguna dan Malaysia merupakan di ranking ke empat dalam Asia Pasifik  ,Teknologi perkhidmatan yang telah dicipta dan digunakan di Malaysia iaitu Grab yang  sangat menguntungkan dengan mengenakan harga yang lebih murah kepada pelanggan .  Terdapat lebih daripada 930 000 pemandu berdaftar  pada akhir 2017.

     Terdapat 4 revolusi indusri iaitu pada peringkat pertama revolusi industri yang menggunakan air dan steam . Kuasa yang ada pada air dan steam menukarkan kuasa manusia dan haiwan menggunakan mesin .
  Revolusi industri kedua menggunakan elektrik iaitu mengaplikasikan enjin pembakaran dalaman,kapal terbang, telefon,kad ,radio dan pengeluaran jisim .

    Revolusi industri  ketiga iaitu  pengautomasian “automation”  . Kita boleh melihat dari segi elektronik, internet dan it meningkatkan pengautomasian dan pengeluaran jisim .

      Pada masa sekarang , kita berada pada revolusi industry keempat iaitu sistem cyber fizikal seperti pemanduan kereta yang bergerak secara automatik dan tidak memerlukan pemandu ,  kecangihan robotik , pencetakan 3D .Seperti di  Amerika Syarikat , mereka telah menggunakan sistem pembayaran melalui suatu aplikasi  dengan mengesan pada telefon  dan tidak mempunyai pekerja di kedai tersebut .  .Oleh itu, kadar pengangguran semakin bertambah dengan kecanggihan teknologi .

  
     Oleh itu, digital ekonomi merupakan  pertumbuhan di peringkat negara. Kita boleh lihat  daripada sumbangan GDP nasional dan bilangan eksport-import . Digital ekonomi ini memberi kesan kepada masyarakat pada masa sekarang .Beliau juga menghuraikan impak yang terjadi dalam masyarakat pada masa kini dan bagaimana cara untuk mengukur sumbangan digital ekonomi daripada perspektif nasional.

    Disamping itu , Pembentukan Malaysia yang menggunakan digital ekonomi melalui MDEC .Beliau menceritakan pengalaman pertama beliau semasa bekerja di Mdec .Tempat pertamabeliau bekerja adalah di Cyberjaya dan beliau menceritakan perjalanan ke tempat bekerja beliau adalah sukar dan perlu melalui hutan sebelum sampai di Cyberjaya . Pada masa itu , Tun Mahathir telah melakukan pembangunan di  Putrajaya yang kini menjadi pusat kerajaan Malaysia . 

       Memang tidak dinafikan ,digital ekonomi perlu diaplikasikan pada masa kini . Syarikat MDEC juga menggunakan strategi untuk membangunkan digital ekonomi dalam Negara ini .Wacana Makroekonomi ini memberi kesan positif kepada mahasiswa untuk lebih berpandangan jsuh tentang perspektif ekonomi pada masa kini.








No comments:

Post a Comment

APLIKASI KOMPUTER